Tuesday, September 30, 2014

Tuhan, baru ku sedar ..


................................................................................................................................

"Sebab pada Firaun itu sendiri ada harapan lah aku percaya kau boleh berubah, Heddie." tutur Fazreez perlahan. 
Heddie mengangkat kening sebelah. Masih belum faham atau cuba mengerti apa yang dikatakan Fareez mungkin. 
"Firaun ? Means? "

Fareez membetulkan letak sila lalu menghadapkan diri kearah Heddie. "Macam yang kita selalu dengar lah. Firaun tu jahat. Jahat pulak sebarangan jahat tapi jahat sampai tahap mengaku diri tu tuhan."

"So .." Heddie mengalih pandang kearah Fareez.

"Then Allah pun hantar Nabi Musa through Asiah untuk jaga. Even waktu tu Firaun sikit punya lah benci dekat baby lelaki. Tapiiii .. benci-benci macam tu pun Nabi Musa still dapat hidup sampai besar. Which means .. kalau bukan sebab Tuhan izin takkan dia dapat hidup dengan Firaun dan .. dan kalau bukan sebab kehendak Tuhan , kedua-dua insan termasyhur dunia tu takkan dapat kenal satu sama lain . Tapi , nak buat macam mana, last2 Firaun lebih pilih untuk ingkar ." Fareez sekadar menamatkan kisah tersebut dengan pandangan yang ditala ke langit biru sana .
"Macam manusia lain jugak , yang bilamana Tuhan dan tunjuk kebenaran yang Dia ada untuk hamba2Nya , tapi manusia lebih pilih untuk membuta tuli-kan diri macam tu je ", rendah suara Fareez menutur antara dengar dan tidak .

Heddie membuka sila dan mula duduk berlunjur . Kedua-dua belah lengannya dilipat belakang dijadikan lapik kepala yang mula memberat . Topi yang dipakai dijadikan lapik penutup muka daripada sinar mentari yang agak redup . "whenever you feel so bad , just let yourself sleep through the wind blows ." bait-bait lagu yang dimainkan di Streetz Cafe mula bermain diruangan kepala Heddie . Bukan sebab malas nak layan apa yang Fareez cakap , tapi sebab Heddie ni satu je perangai dia , dia agak susah untuk terima something-somewhat yang dipanggil tazkirah or ceramah macam tu . Bagi Heddie , kalau someone tu jenis stok2 alim , then go on with that kind of ceramah . Tapi untuk dia , dia tak rasa dia dalam golongan macam tu . 

Or else - -
"Manusia ni memang ego . Apa2 yang seolah-olah menegur perbuatan salah yang dibuatnya , memang susah nak diterima akal .  Walaupun hati membenarkan . Tapi , itu lah kan , bak kata orang , ego ni macam kentang , direbus lama2, lembutlah ia . Heddie , aku doakan kau lembut hati suatu masa nanti . Aku akan doa ." Fareez bermonolog sendirian . Fareez tahu , dalam sepanjang-panjang benda yang dia cerita tadi , mungkin separuh je masuk dalam kepala otak si Heddie yang dah terlelap mimpi entah kemana .

Fareez pun kini turut sama berbaring diatas Wisma Floppers . Pandangannya sekilas jatuh kemuka Heddie . Hatinya terasa sebak dan sayu yang entah datang dari mana . Sekali lagi fikirannya cuba dipadankan dengan rasa yang terdetik dalam hati . Mungkin , mungkin sebab dia seorang darah daging aku sendiri ...